Thursday, June 4, 2015

Atasi masalah berat badan berlebihan hanya dengan nenas

Selalu sangat merasa rendah diri apabila ramai yang memandang sinis kepada keadaan diri yang sangat comel. Kadang-kala terasa tension kan?

Pelbagai cara telah dicuba tapi tidak berkesan? Apa kata cuba kaedah semulajadi dan selamat ni.

Ambil sebiji nenas yang matang. Jangan pula yang kecil dah dipetik, membazir je. Parut dan tapis airnya kemudian biarkan seketika. Air tadi dicampurkan dengan tiga ketul kecil gula batu dan biarkan gula tersebut hancur. Kemudian minum seperti biasa.

Tujuannya untuk memecahkan lemak yang degil tahap dewa tu. Hampas dan serat pula boleh digunakan sebagai skrub badan. Hanya gosokkan ke seluruh badan bagi tujuan menghilangkan sel-sel kulit mati.

Bermanfaat dan jimat kan.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment