Sunday, June 21, 2015

7 tips susu tetap meriah di bulan puasa

Suka tak kalau dapat stok susu macam ni?
Bagaimana dengan puasa hari ni?
Ok ke tak? Sepatutnya mesti ok.
Tapi kenapa nampak murung je ni? Susu kurang? Baby tak nak susu lain, nak jugak susu ibu. Ya lah, susu ibu sangat sedap tambah pula berkhasiat. Jangan stress ya ibu-ibu, banyak cara kita boleh usahakan agar susu sentiasa meriah walaupun berpuasa seharian.

Tips ni khas untuk ibu-ibu yang menyusu di bulan puasa:

1. Minum Air Secukupnya Si ibu perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagis mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua-tiga liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2. Jangan Abai Waktu Sahur Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Si ibu juga digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, si ibu perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3. Makan Kurma Ketika Berbuka Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4. Banyakkan Pengambilan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5. Ambil Lebih Produk Tenusu Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, si ibu perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat secukupnya. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6. Amalkan Pengambilan Madu Si ibu sangat digalakkan untuk makan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7. Elakkan Minuman Berkarbonat/Berkafein Si ibu sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

No comments:

Post a Comment