Tuesday, June 9, 2015

5 Tips Penting Persediaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan

Bersalin secara normal dan Pembedahan, yang mana menjadi pilihan hati? Tak tahu?
Pengalaman saya pula, dua kali bersalin secara pembedahan. Ingin saya nyatakan bersalin secara normal adalah satu anugerah yang sangat bernilai. Tapi saya sangat-sangat bersyukur walaupun tidak pernah diberikan kesempatan untuk merasai anugerah terindah tersebut.

Seram sejuk tengok orang bersalin secara pembedahan 
Bagi ibu-ibu yang bakal bersalin, tenangkan diri, banyakkan berdoa. Walau apa cara anda perlu lalui semasa proses bersalin nanti, Allah swt Maha Berkuasa. Serahkan segalanya kepadaNya.

Saya hanya ingin berkongsi tips menghadapi situasi bersalin secara pembedahan.

Pertama...Anda haruslah bijak membuat keputusan apabila pihak hospital menyatakan anda harus bersalin secara pembedahan. Jika anda masih kuat untuk bersalin secara normal, anda boleh minta untuk terus berjuang. Tetapi seeloknya anda menerima saranan drp doktor. Jangan lupa teruskan berdoa tanpa putus dan minta sokongan daripada insan tersayang.

Kedua...Anda mesti kuatkan mental dan fizikal semasa di dewan bedah. Suntikan ubat bius sedikit menyakitkan tetapi percayalah anda tidak akan merasainya. Sakit kontraksi bersalin lagi power! Lagi satu anda akan merasa sangat sejuk. Lebih kurang bermain salji gitu. Terus beritahu petugas untuk gunakan heater.

Ketiga...Bila berada di wad, rehatkan diri anda selama 6 jam tanpa boleh bangun atau mengerakkan badan kecuali kepala. Nak tengok baby, minta bantuan orang lain ya. Masa ni confirm anda tidur dengan bestnya.

Keempat...6 jam sudah berlalu, anda sudah boleh bangun atau mengerakkan badan. Awas! Bangunlah dengan sangat perlahan-lahan. Masa ni, ubat bius dah berkurangan. Kalau luka terkena pisau pun sakit, ini perut yang dibelah. Anda boleh imagine kesakitan yang bagaimana ya. Menangis tidak berlagu la...

Kelima...Rasa lapar kan sebab 6 jam tak makan. Tolong jangan makan lagi ya, anda hanya boleh minum air kosong sahaja secara perlahan-lahan. Makan hanya selepas 10 jam. Itupun apabila perut sudah ok.

Serba sedikit tips untuk anda. Moga dapat membantu.

No comments:

Post a Comment