Sunday, May 24, 2015

5 tip mudah kembalikan kesihatan mata dan kurangkan 'power' cermin mata

Mata anugerah paling berharga. Tanpa mata, bagaimana kita mahu melihat keindahan alam ini? Setiap masa kita menggunakan mata untuk pelbagai tugasan. Hinggakan mata mula letih dan mengalami kerosakan. Terpaksa pula menggunakan cermin mata atau kanta lekap. Hidup tidak lagi secerah dulu.

Justeru kita seharusnya merehatkan mata dengan tip di bawah:

1. Kentang
    Hiriskan kentang dengan potongan bulat. Jangan terlalu nipis. Rendamkan di dalam air sejuk selama beberapa minit. Lekatkan hirisan tersebut di atas mata anda. Biarkan beberapa minit sehingga anda merasa mata sudah rileks. Elok untuk mata yang lebam dan bengkak.

2. Uncang teh
    Rendam dua uncang teh di dalam air panas untuk beberapa minit. Letakkan di kelopak mata untuk 5 minit. Mata yang penat dan bengkak boleh diatasi dengan cepat.

3. Avokado
    Letakkan sahaja hirisan avokado di mata anda. Mata akan rileks dan lingkaran bawah mata yang hitam juga boleh diatasi.

4. Sudu sejuk
   Ambil 2 batang sudu besi dan rendam di dalam air sejuk.Letakkan di kelopak mata anda. Mata yang penat akan beransur segar.

5. Timun
    Buat hirisan nipis. Letakkan di atas mata anda. Masalah mata yang sembap akan dapat di atasi dengan segera.

Mata yang sentiasa dirawat akan kembali bersinar dengan terang. Bagi yang memakai cermin mata dengan power yang tinggi anda boleh mencuba Vivix daripada Shaklee bagi menurunkan power tersebut. Sudah banyak testimoni yang berjaya.

Kita hanya boleh berikhtiar, selebihnya memohonlah daripada Yang Maha Esa.

Much of love,
Ilham Bonda Qaisara

No comments:

Post a Comment